Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Netflix Lancar Trailer Filem “Jung E,” Filem Terakhir Lakonan Mendiang Kang Soo Yeon

Sumber gambar: Allkpop

Netflix telah mendedahkan trailer filem sci-fi yang akan datang, Jung E, yang juga merupakan filem terakhir yang dibintangi mendiang Kang Soo Yeon. 

Filem baharu arahan Yeon Sang Ho itu mengikuti kisah yang berlaku di Bumi yang tandus, yang tidak dapat didiami akibat perubahan iklim. Kisah filem ini akan terbongkar apabila perang meletus di tempat perlindungan yang dibina oleh manusia, dan otak seorang tentera upahan ‘Jung E’ yang diklon dan digunakan untuk membangunkan AI tempur.

Mendiang Kang Soo Yeon memegang watak Seo Hyun, ketua institut penyelidikan yang bertanggungjawab mengklonkan otak Jung E dan membangunkan teknologi AI. Jung E dimainkan oleh pelakon Kim Hyun Joo.

Filem baharu ini dijadualkan tayangan di Netflix pada 20 Januari 2023.

 

Sementara itu, Jung E menandakan kepulangan Kang Soo Yeon ke industri pawagam buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun sejak penampilannya dalam filem Jury.

Bagaimanapun, Kang Soo Yeon meninggal dunia pada usia 55 tahun pada Mei tahun ini selepas mengalami pendarahan serebrum. Dia ditemui rebah di rumahnya dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat serangan jantung.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

‘The Glory Part 2’ Duduki #1 Dalam 10 Teratas Global Dengan Gabungan Jumlah Tontonan Lebih 124 Juta Jam

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

Leave a Comment