Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Netflix Lancar Teaser Resident Evil: Infinite Darkness

Netflix telah melancarkan teaser terbaru siri anime seram Resident Evil: Infinite Darkness. Siri yang beradasarkan dari francais permainan video Capcom ini akan menemui penonton pada 2021. Anda boleh saksikan teaser dipemain video dibawah berserta poster terbaru. 

Resident Evil: Infinite Darkness ini akan berdasarkan cerita dari dua karakter popular francais, Leon S. Kennedy dan Claire Redfield. Dengan menambahkan ketegangan dalam adegan aksi dinamik, Netfix mengatakan bahawa siri ini akan mendedahkan dunia Resident Evil yang tidak pernah dilihat penonton.

Penerbit permainan video Resident Evil, Hiroyuki Kobayashi akan menerbitkan dan menyelia siri ini. TMS Entertaiment bertindak sebagai pengeluar, manakala Quebico, yang diketuai penerbit Resident Evil: Vendetta, Kei Miyamoto, akan mengetuai penerbitan animasi 3DCG.  

Sejak permainan pertama dilancarkan pada tahun 1996 di Sony PlayStation, siri Resident Evil hampir menuju ulang tahun ke-25. Francais Resident Evil sangat popular dikalangan pemain dan lebih 100 juta unit siri permainan ini telah dijual diserata dunia. 

 

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment