Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Netflix telah melancarkan teaser pertama siri superhero terbaru “Jupiter’s Legacy”, adaptasi dari komik berjudul sama karya Mark Millar dan Frank Quitely. Dibintangi Josh Duhamel, siri terbaru ini dijadualkan tayangan pada 7 Mei 2021.

Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah. 

“Jupiter’s Legacy” adalah drama multigenerasi yang mengikuti generasi superhero pertama di dunia, yang menerima kuasa mereka pada tahun 1930-an. Pada masa sekarang, mereka adalah penjaga veteran yang dihormati, tetapi anak-anak mereka yang berkuasa tinggi berjuang untuk memenuhi prestasi legenda orang tua mereka.

Siri ini akan dibintangi oleh Josh Duhamel (Transformers) sebagai Sheldon Sampson / The Utopian, Ben Daniels sebagai Walter Sampson / Brainwave, Leslie Bibb sebagai Grace Sampson / Lady Liberty, Elena Kampouris sebagai Chloe Sampson, Andrew Horton sebagai Brandon Sampson / Paragon, Mike Wade sebagai Fitz Small dan Matt Lanter sebagai George Hutchene / Skyfox.

Projek ini dicipta dan diterbitkan oleh Steven S. DeKnight, yang terkenal dengan penghasilan siri “Daredevil”. Dia sebelum ini bertugas untuk menjadi ‘showrunner’. Namun, kerana perbezaan kreatif, dia keluar dari siri ini dengan Sang Kyu Kim mengambil alih peranannya sebagai ‘showrunner’. Selain itu, Kim turut bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Millar, Lorenzo Di Bonaventura, dan Dan McDermott.

Siri komik ‘The Jupiter’s Legacy’ pertama kali diterbitkan oleh Image Comics pada tahun 2013. Ia mengikuti The Utopian dan Lady Liberty, yang merupakan alias berkostum Sheldon dan Grace Sampson. Setelah menjelajah ke pulau misteri dengan rakan mereka pada tahun 1932, mereka memperoleh kebolehan manusia super dan memantapkan diri sebagai generasi superhero pertama.

Mereka segera membentuk Kesatuan Keadilan. Beberapa tahun kemudian, Sheldon dan Grace mempunyai dua anak, Chloe dan Brandon, yang mewarisi kekuatan mereka sendiri. Namun, Chloe dan Brandon juga menunjukkan sikap sinis terhadap pahlawan super dan berjuang untuk mencari tempat mereka di bawah bayangan ibu bapa mereka yang terkenal.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment