Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Lancar Poster Kedua “Kingdom: Ashin of the North”

Netflix telah melancarkan poster kedua untuk Kingdom: Ashin of the North, episod khas dari siri popular Kingdom. Episod khas yang berdurasi 92 minit ini akan menceritakan kisah Ashin dan tumbuhan kebangkitan yang membawa kepada tragedi besar Joseon.

Di sebalik situasi yang mengancam, Ashin tampak tenang dan tanpa ekspresi, menambahkan rasa ingin tahu tentang keadaan yang berbahaya.

Episod khas Kingdom: Ashin of the North ditetapkan di kawasan utara sebelum bermulanya wabak yang merebak dari wilayah selatan Dongnae hingga ke Hanyang, mengembangkan lagi dunia Kingdom. 

Episod khas ini akan menampilkan Ketua Komando Diraja Min Chi-rok yang telah menarik minat penonton pada musim kedua, serta watak-watak baru seperti ketua suku Pajeowi, Aidagan dan ketua kampung Seongjeoyain, Tahab juga yang merupakan ayah kepada Ashin.

Episod khas selama 92 minit ini akan menceritakan kisah asal tumbuhan kebangkitan dan berfungsi sebagai hadiah kepada peminat yang telah lama menantikan kisah baru dari siri popular itu. Kingdom: Ashin of the North akan terus menjadi landasan yang kuat untuk peminat K-zombie.

Nantikan kisah pembalasan dendam Ashin dalam Kingdom: Ashin of the North pada 23 Julai 2021, hanya di Netflix.

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment