Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Netflix Kekal No. 1 Di Pasaran Malaysia, HBO Go & Prime Video Bakal Jadi Pencabar

Semenjak bermulanya pandemik, pengguna semakin beralih ke perkhidmatan streaming dan ‘video-on-demand’ sebagai alternatif hiburan selain panggung wayang. Justeru itu, bilangan pengguna perkhidmatan streaming semakin meningkat pada tahun lalu. 

Menurut data yang dikeluarkan JustWatch dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020, perkhidmatan streaming Netflix terus menjadi pilihan pengguna Malaysia dengan menguasai 36 peratus pasaran, diikuti Viu dan Iflix, yang bersaing rapat untuk menduduki tangga kedua. 

Tahun lalu, dua perkhidmatan streaming antarabangsa, iaitu HBO Go dan Prime Video, telah dilancarkan di Malaysia, dan memperoleh gabungan 13 peratus pasaran pada tahun pertama untuk menjadi perkhidmatan streaming keempat dan kelima terbesar. 

Sumber: JustWatch

Pelancaran Prime Video pada bulan Jun dan HBO Go pada bulan Julai jelas sekali memberi impak besar kepada perkhidmatan streaming iflix, Viu, dan “lain-lain”, tetapi yang menariknya Netflix masih mampu mengembangkan bahagian pasaran mereka pada bulan-bulan tersebut dan menambah 3% sepanjang tahun 2020.

Melihat pada data dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020, bahagian pasaran Iflix dan Viu menunjukkan trend menurun sebaik sahaja Prime Video dan HBO Go memulakan operasi di Malaysia. 

Sumber: JustWatch

Carta streaming dijangka mengalami perubahan ketara sebaik sahaja Disney+ memasuki Malaysia. Dan sudah tentu, dengan pertambahan pesaing, setiap perkhidmatan streaming pasti memberikan pakej yang lebih menarik buat pengguna. 

JustWatch adalah panduan streaming antarabangsa yang membantu lebih daripada 20 juta pengguna setiap bulan untuk mencari sesuatu yang hebat untuk ditonton di Netflix, Prime Video, Disney +, dan lain-lain di 46 negara.

Related posts

Your New On Netflix: 26th – 30th April 2021

Zulaikha

New on Netflix: 19 – 25 April 2021

Isqandar

7 UPLIFTING STORIES THAT PROVE IT’S NEVER TOO LATE TO CHASE AFTER YOUR DREAMS

Zulaikha

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

6 REASONS WE’RE ACTUALLY TATSU FROM THE WAY OF THE HOUSEHUSBAND

Isqandar

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha