Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

[NETFLIX] Jeremy Irons Terajui Filem Pengintipan Thriller, MUNICH

Jeremy Irons menerajui filem terbaru Netflix bertajuk Munich, sebuah filem pengintipan thriller yang diadaptasikan dari novel terkenal berjudul sama karya Robert Harris. 

Berikut adalah logline filem Munich. 


“It is Autumn 1938 and Europe stands on the brink of war. Adolf Hitler is preparing to invade Czechoslovakia and Neville Chamberlain’s government desperately seeks a peaceful solution. With the pressure building, Hugh Legat, British civil servant, and Paul von Hartmann, German diplomat, travel to Munich for the emergency Conference. As negotiations begin, the two old friends find themselves at the centre of a web of political subterfuge and very real danger. With the whole world watching, can war be averted and, if so, at what cost?”

Jeremy Irons akan memainkan peranan Neville Chamberlain, Perdana Menteri Britain sebelum Winston Churchill. Turut menyertai barisan pelakon adalah George MacKay sebagai Hugh Legat, Jannis Niewhöhner sebagai Paul Hartman, Sandra Hüller sebagai Helen Winter, Liv Lisa Fries sebagai Lenya, August Diehl sebagai Franz Sauer, Erin Doherty sebagai Pamela Legat dan Martin Wuttke sebagai Adolf Hitler – kali keduanya sebagai Hitler selepas Inglourious Basterds arahan Quentin Tarantino. 

Skrip filem diadaptasikan oleh Ben Power (The Hollow Crown) manakala Christian Schwochow (The Crown, Bad Banks) akan menjadi pengarah. Andrew Eaton (The Crown) dan Turbine Studios bertindak sebagai penerbit. Produksi kini sudah bermula di German dan akan bersambung di United Kingdom. 

Netflix menetapkan tayangan pada 2021.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment