Slot Asia

Netflix: Han So-Hee & Ahn Bo-Hyun Bintangi Siri Aksi Noir Undercover

Views

Netflix, perkhidmatan hiburan streaming terkemuka di dunia, telah mengesahkan barisan pelakon siri aksi noir terbaru berjudul Undercover (working title). Barisan pelakonnya terdiri daripada beberapa pelakon hebat seperti Han So-hee, Park Hee-soon, Ahn Bo-hyun, Kim Sang-ho, Lee Hak-ju dan Jang Yull.

Undercover menceritakan kisah Ji-u, yang menyertai kartel dadah dan menjadi ejen perisik dalam pasukan polis untuk mencari kebenaran di sebalik kematian ayahnya. Dia menemui kebenaran yang sukar untuk diterima dalam usaha untuk membalas dendam. 

Han So-hee, yang terkenal menerusi lakonanya dalam drama hit The World of the Married, akan memainkan peranan utama sebagai Yun Ji-u, yang menyertai organisasi jenayah dalam usaha untuk membalas dendam keatas kematian ayahnya. Dia menjadi ejen penyamaran dalam pasukan polis dan mula mencari rahsia disebalik kematian ayahnya. 

Park Hee-soon (The Witch: Park 1, The Supervision, 1987) akan membawa watak Choi Mu-jin, ketua penjenayah di wilayah Dongcheon. Dia membawa Yun Ji-u menyertai organisasi, dan mengubahnya menjadi ejen penyamaran. 

Bintang Itaewon Class, Ahn Bo-hyun akan berperanan sebagai detektif polis Jeon Pil-do dari unit narkotik, yang merupakan rakan Ji-u yang cekap, berani dan berhati-hati dalam siasatan.

Kim Sang-ho, yang terkenal menerusi lakonannya dalam drama Kingdom, akan memainkan peranan sebagai Cha Gi-ho, ketua unit narkotik yang sangat obses dalam usaha menjatuhkan kartel Dongcheon sebelum dia bersara. 

Lee Hak-ju (Sweet Munchies, The World of the Married, Watching) akan memainkan peranan sebagai Jung Tae-ju, yang sangat setia kepada ketuanya, Choi Mu-jin, manakala Jang Yull akan membawa watak Do Gang-jae, anggota kartel yang dibuang kerana menimbulkan masalah. Dia kemudian berdendam terhadap Yun Ji-u, menambahkan lapisan konflik lain dalam kisah ini.

Siri aksi yang mendebarkan ini diarahkan oleh Kim Jin-min (Extracurricular) berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Kim Va-da (Life Risking Rmance, The Huntresses).  Undercover akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks