Official TrailerSiri TV

Netflix Dedahkan Trailer Pertama Siri Anime TRANSFORMERS: WAR FOR CYBERTRON

Views

Peminat-peminat Transformers diminta bersedia! laman penstriman atas talian Netflix, telah melancarkan trailer pertama siri anime tiga bahagian Transformers: War for Cybertron, yang dihasilkan studio Rooster Teeth.

Rakaman yang mula didedahkan pada Sabtu yang lalu menawarkan sekilas pandangan yang mengiurkan Chapter 1, subtitled Siege. Ia menunjukkan saat akhir perang saudara diantara Autobots dan Decepticons yang memecahbelahkan planet Cybertron. Megatron (disuarkan oleh Jason Marnocha) digoda untuk mengunakan sumber kuasa dan kehidupan Cybertron iaitu Allspark, dalam usaha menewaskan Autobots dan menyatukan rakyatnya. Diketuai oleh Optimus Prime (Jake Foushee), wira tersebut merangka beberapa siri serangan balas bagi menghalang Megatron dari mendapatkan Allspark.

Siri anime ini dihasilkan dalam bentuk trilogi iaitu Chapter 2, subtitled Earthrise, manakala subtitle untuk Chapter 3 belum didedahkan.

Antara pelakon suara adalah Linsay Rousseau (Elita-1), Joe Zieja (Bumblebee), Frank Todaro (Starscream), Rafael Goldstein (Ratchet), Keith Silverstein (Jetfire), Todd Haberkorn (Shockwave, Red Alert), Edward Bosco (Ultra Magnus, Soundwave), Bill Rogers (Wheeljack), Sophia Isabella (Arcee), Brook Chalmers (Impactor), Shawn Hawkins (Mirage), Kaiser Johnson (Ironhide), Miles Luna (Teletraan I, Cliffjumper),dan Mark Whitten (Sideswipe, Skywarp).

Transformers: War for Cybertron masih belum memiliki tarikh siaran

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks