Berita

Netflix Dedahkan Poster Terbaru The Witcher

Views

Netflix telah melancarkan poster terbaru siri yang dinantikan, The Witcher yang memberikan tumpuan kepada watak-watak utama. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

The Witcher diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski. Ia mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri televisyen ini dibintangi bekas pelakon filem Man of Steel, Henry Cavill yang akan membawakan peranan utama siri tersebut sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg. The Witcher akan bersiaran di platform penstriman video Netflix pada 20 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks