Berita

Netflix Dedahkan Poster Terbaru EXTRACTION Yang Menampilkan Chris Hemsworth

Views

Netflix telah melancarkan poster terbaru filem aksi thriller terbitan Russo Brothers, Extraction yang menampilkan bintang MCU, Chris Hemsworth sebagai askar upahan, Tyler Rake. Diarahkan koordinator lagak ngeri Atomic Blonde, Sam Hargrave, Extraction akan menemui penonton pada 24 April ini, eksklusif di Netflix.

Extraction bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, dan berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.

Barisan pelakon terdiri daripada  Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.

Tinggalkan Balasan

shares