Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Dedahkan Pandangan Pertama THE OLD GUARD Lakonan Charlize Theron

THE OLD GUARD (2020) – (L to R) Marwan Kenzari as Joe, Matthias Schoenaerts as Booker, Charlize Theron as Andy, Luca Marinelli as Nicky and
Kiki Layne as Nile.
Photo Credit: AIMEE SPINKS/NETFLIX ©2020

Netflix telah mendedahkan pandangan pertama filem terbaru The Old Guard, adaptasi dari grafik novel berjudul sama karya Greg Rucka. Filem yang sarat dengan aksi ini diarahkan oleh Gina Prince-Bythewood (Love & Basketball, Beyond The Lights), manakala lakon layar ditulis oleh Greg Rucka.

Anda boleh saksikan gambar-gambar terbaru dibawah.

Diketuai oleh seorang pejuang bernama Andy (Charlize Theron), sekumpulan tentera upahan yang miliki abiliti luarbiasa dimana mereka tidak boleh mati, telah berjuang untuk melindungi dunia fana selama berabad-abad. Tetapi ketika pasukan itu direkrut untuk menjalankan misi kecemasan dan kemampuan luar biasa mereka tiba-tiba terdedah, terserah kepada Andy dan Nile (Kiki Layne), askar baru yang menyertai mereka, untuk membantu kumpulan itu menghilangkan ancaman dari mereka yang cuba meniru dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan apa jua cara yang diperlukan.

The Old Guard turut dibintangi Marwan Kenzari, Luca Marinelli, Harry Melling, Van Veronica Ngo, serta Matthias Schoenaerts dan Chiwetel Ejiofor.

Nantikan The Old Guard pada 10 Julai ini, eksklusif di Netflix.

THE OLD GUARD (2020) – Charlize Theron as Andy.
Credit: Netflix ©2020
THE OLD GUARD – Charlize Theron (“Andy”); Kiki Layne (“Nile”)
Photo Credit: AIMEE SPINKS/NETFLIX ©2020
THE OLD GUARD (2020) – clockwise from top: Matthias Schoenaerts (“BookerÕ), Charlize Theron (“Andy”), Luca Marinelli (“NickyÓ).
Photo Credit: AIMEE SPINKS/NETFLIX ©2020

Related posts

Mortal Kombat Dedah Gambar Pertama & Sinopsis Rasmi

Isqandar

Buku Komik Batman #1 Dijual Dengan Harga $2.2 Juta!

Isqandar

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Leave a Comment