Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Dedahkan Gambar Terbaru The Witcher Yang Turut Memaparkan Makhluk Misteri


Netflix telah mendedahkan beberapa gambar terbaru dari siri The Witcher, yang turut memaparkan makhluk misteri yang tidak diketahui asal usulnya. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut menerusi perkongsian dari laman Twitter dibawah.

The Witcher diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski. Ia mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri televisyen ini dibintangi bekas pelakon filem Man of Steel, Henry Cavill yang akan membawakan peranan utama siri tersebut sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg

The Witcher akan bersiaran di platform penstriman video Netflix pada tahun hadapan.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee