Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Netflix Dedah Trailer Terbaru Untuk 5 Episod Terakhir Money Heist


Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum berakhirnya rompakan yang mendebarkan. Peminat akhirnya akan mengentahui nasib Profesor (Álvaro Morte) dan kumpulannya. 

Menjelang musim terakhir Money Heist, Netflix telah mendedahkan trailer rasmi untuk Money Heist Bahagian 5: Jilid 2, lima episod yang akan menamatkan rompakan ini apabila ia ditayangkan di seluruh dunia pada 3 Disember.

Tokyo (Úrsula Corberó) sudah mati. Musuh masih mengintai di Bank of Spain, cedera tetapi berbahaya seperti biasa. Menghadapi masa paling gelap dan cabaran terbesar mereka, kumpulan itu membuat rancangan berani untuk mengeluarkan emas tanpa disedari oleh sesiapa. Lebih memburukkan keadaan, Profesor membuat kesilapan terbesar dalam hidupnya.

Siri ini dibintangi Álvaro Morte, Úrsula Corberó, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Alba Flores, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Darko Perić, dan Paco Tous. Ia juga menampilkan Hovik Keuchkerian, Rodrigo de la Serna, Najwa Nimri, Luka Peros, Belen Cuesta, Fernando Cayo, dan Enrique Arce. Musim Ke-5 turut memperkenalkan barisan pelakon baru seperti Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criado.

Money Heist dicipta oleh Álex Pina, yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Sonia Martínez, Jesús Colmenar, Esther Martínez Lobato dan Nacho Manubens.


https://youtu.be/7EhZKMqiScQ


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee