Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Netflix Dedah Teaser & Tarikh Tayangan The Haunting Of Bly Manor

Netflix telah melancarkan teaser trailer The Haunting of Bly Manor yang memperkenalkan kisah hantu baru dalam siri antologi Haunting yang berkisar mengenai Bly Manor dan kehidupan penduduknya, yang hidup dan mati. The Haunting of Bly Manor akan menemui penonton pada 9 Oktober ini. 

Anda boleh saksikan teaser trailer dibawah. 

The Haunting of Bly Manor diinspirasikan dari novel gothic seram The Turn of The Screw oleh Henry James, yang mana ia bertempat sepenuh di sebuah rumah besar lama. Di sana, dua anak yatim piatu dijaga oleh seorang wanita muda yang kebanyakan kisah mereka diceritakan. 

Barisan pelakon terdiri daripada Victoria Pedretti, Oliver Jackson-Cohen, Henry Thomas dan Catherine Parker, serta T’Nia Miller, Rahul Kohli, Amelia Eve, Benjamin Ainsworth dan Amelie Smith. 

Pedretti akan berperanan sebagai pelayan wanita, Dani, yang menjaga dua anak yang unik. Jackson-Cohen akan memainkan peranan sebagai Peter, “orang yang menawan.” Ainsworth dan Smith sebagai Miles dan Flora dari novel James, sementara Miller, Eve, dan Kohli akan memainkan peranan utama. 

 

Related posts

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

WARNERMEDIA ANNOUNCES NEW HBO ASIA ORIGINAL SERIES ‘FORBIDDEN’

Isqandar

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee

Siri HBO Max “Green Lantern” Mungkin Jalani Penggambaran April Ini.

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman