Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Official Trailer

Netflix Dedah Teaser & Tarikh Tayangan Anime “Pacific Rim: The Black”

Netflix telah melancarkan teaser terbaru siri animasi Pacific Rim: The Black, serta mengumumkan tarikh tayangan siri itu dilaman penstriman Netflix, iaitu pada 4 Mac ini. Anda boleh melihat teaser dibawah. 

Suatu masa dahulu, umat manusia telah menewaskan Kaiju. Kini, mereka terpaksa mengosongkan Australia. Sepasang adik-beradik dan Jaegar yang sudah lama tidak digunakan telah merentas benua, dalam misi bahaya mencari ibubapa mereka. 

Advertising

Craig Kyle (Thor: Ragnarok) dan Greng Johanson (X-Men: Evolution) bertindak sebagai showrunner untuk produksi Legendary Entertainment. 

Animasi ini akan mengembangkan lagi dunia Pacific Rim yang telah dimulakan oleh Guilermo del Toro pada 2013.

Filem pertama mengikuti peperangan diantara umat manusia dan Kaiju dimana bekas juruterbang dan pelatih baru telah bergabung untuk mengerakkan senjata khas yang sudah usang dalam usaha terdesak mereka untuk menyelamatkan dunia dari kiamat.

Pacific Rim ditulis oleh Travis Beacham bersama del Toro dan dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Ron Perlman, dan Charlie Day. Filem kedua berjudul Pacific Rim: Uprising telah dihasilkan pada 2018 dan diarahkan Steven S. DeKnight serta dibintangi John Boyega, Scott Eastwood, dan Cailee Spaeny.

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Saksikan Jang Dong Yoon & Kam Woo Sung Berusaha Menewaskan ‘Undead’ Dalam Teaser Terbaru “Joseon Exorcist”

Zulaikha

Emma Stone Hidupkan Watak Villain Ikonik Disney Dalam Trailer ‘Cruella’

Kakimuvee

Netflix Announces DOTA: Dragon’s Blood Anime Series Based On The Popular Video Game Franchise By Valve

Isqandar

Leave a Comment