Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Netflix Dedah Teaser Siri Zombi Korea Selatan “All of Us Are Dead”


Netflix akhirnya telah menetapkan tarikh tayangan untuk drama seram Korea Selatan yang akan datang bertajuk All of Us Are Dead, selepas lebih setahun sejak ia menerima pesanan untuk menghasilkan siri rasmi.

Siri akan datang berpusat di sekitar sekumpulan pelajar sekolah menengah yang akan terperangkap di dalam sekolah mereka yang dipenuhi zombi.

All of Us Are Dead dijadualkan untuk membuat penampilan sulungnya lewat bulan ini iaitu pada 28 Januari. Pengumuman itu turut disertakan dengan teaser pertama, yang memberikan kepada kita pratonton beberapa transformasi zombi yang mengerikan serta serangan yang penuh ketegangan. Ia juga mengusik pandangan pertama beberapa watak utama termasuk seorang gadis yang memegang busur dan anak panah.

Anda boleh tonton teaser dibawah:

Berdasarkan novel grafik webtoon popular karya Joo Dong-Geun terbitan tahun 2009, All of Us Are Dead mengisahkan sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah menengah yang mendapati diri mereka berada dalam situasi yang agak teruk ketika mereka berusaha untuk diselamatkan daripada pencerobohan zombi di sekolah mereka. 


Siri ini bersedia untuk membuka lembaran baru dalam sejarah zombi dengan kisah remaja yang berani yang berjaya mencari cinta dan persahabatan walaupun di tengah-tengah apokalips zombi.

Barisan pelakon terdiri daripada pelakon muda termasuklah Yoon Chan-Yeong (Mama) sebagai Cheong-san, Park Ji-Hu (House of Hummingbird) sebagai On-jo, Cho Yi-Hyun (Metamorphosis) sebagai Nam-ra, Lomon (Bleak Night) sebagai Su-hyeok, dan Yoo In-Soo (School 2017) sebagai Gwi-nam. Menyertai mereka ialah Lee You-Mi dan Lim Jae-hyeok.

All of Us Are Dead diarahkan bersama oleh Lee JQ (Beethoven Virus, Intimate Strangers) dan Kim Nam-Su daripada skrip yang ditulis oleh Chun Sung-Il. Ia adalah produksi oleh Film Monster.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee