Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Ingat lagi pengumpil peti keselamatan berbangsa Jerman yang gementar dari Army of the Dead arahan Zack Snyder? Dieter akan kembali ke skrin anda, kali ini dengan lebih sedikit 🧟‍♂️🧟‍♀ dan lebih banyak peti keselamatan untuk dirompak. 

Sebelum bertugas sebagai tukang kunci utama dalam filem rompakan/zombie, Ludwig Dieter (Matthias Schweighöfer) hanyalah seorang juruwang di sebuah bandar kecil yang menjalani kehidupan biasa. Dalam prequel Army of Thieves, yang akan segera hadir di Netflix, kehidupan Dieter akan berubah apabila dia direkrut oleh seorang wanita misteri untuk merompak di samping krewnya yang memiliki pelbagai kebolehan. 

Army of Thieves diarahkan oleh Matthias Schweighöfer berdasarkan cerita oleh Zack Snyder & Shay Hatten, dari lakonlayar yang ditulis Shay Hatten. Zack Snyder akan menjadi penerbit bersama-sama Deborah Snyder, Wesley Coller Dan Maag dan Matthias Schweighöfer.

Matthias Schweighöfer kembali memainkan peranan sebagai Ludwig Dieter disamping Nathalie Emmanuel, Ruby O. Fee, Stuart Martin, Guz Khan, dan Jonathan Cohen.

Army of Thieves akan segera hadir di Netflix tidak lama lagi. Tonton teaser dan poster terbaru dibawah. 

 

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment