Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Netflix Dedah Teaser Pertama “Mine”, K-Drama Terbaru Yang Akan Disiarkan Mei Ini

Kepada peminat K-Drama, nantikan drama terbaru yang akan ditayangkan di Netflix!

Drama Mine yang akan datang berpusat pada dua wanita dalam keluarga konglomerat yang mencari kebahagiaan sejati dan menuntut kembali apa yang mereka ada. Dua kakak ipar yang kedua-duanya berkahwin dengan keluarga kaya, menghadapi perselisihan ketika kehidupan masyarakat tinggi mereka yang mewah mulai retak.

Seo Hi-soo (Lee Bo-young) adalah menantu keluarga kedua dan berkahwin dengan anak lelaki Han Ji-yong (Lee Hyun-wook). Mereka adalah pasangan yang sempurna dan Hi-soo adalah ibu tiri yang sangat baik untuk anak mereka Han Ha-joon (Jung Hyeon-jun). Namun, semuanya berubah apabila tutor baru Ha-joon Kang Ja-kyeong (Ok Ja-yeon) memasuki kehidupan mereka.

Jung Seo-hyun (Kim Seo-hyung) berkahwin dengan anak sulung Han Jin-ho (Park Hyuk-kwon) dan hubungan mereka menandakan kontras berbanding dengan Han Ha-joon dan Seo Hi-soo. Kehidupan Jung Seo-hyun yang teratur mengalami beberapa perkembangan yang tidak dijangka ketika dia mengetahui hubungan antara anaknya Han Soo-hyuk (Cha Hak-yeon) dan pembantu rumah tangga Kim Yu-yeon (Jeong E-suh).

Nantikan Mine pada 8 Mei ini jam 10:00 MYT, dengan episod baru setiap Sabtu dan Ahad dua jam selepas siaran Korea, hanya di Netflix!

Related posts

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

Leave a Comment