Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Netflix memberikan pandangan terbaru The Witcher: Nightmare of the Wolf dalam treler penggoda baru, serta mendedahkan barisan pelakon suara global dan gambar pertama watak utama. Filem anime ini akan ditayangkan di seluruh dunia pada 23 Ogos 2021.

Dunia The Witcher berkembang dalam kisah asal anime ini: Sebelum Geralt, ada mentornya Vesemir – seorang ahli sihir muda yang cuba melepaskan diri dari kehidupan kemiskinan dengan membunuh raksasa untuk mendapatkan duit dan kemuliaan. Tetapi ketika raksasa baru yang aneh mula mengganas sebuah kerajaan yang penuh dengan politik, Vesemir mendapati dirinya berada dalam penggembaraan menakutkan yang memaksanya untuk menghadapi syaitan dari masa lalunya.

The Witcher: Nightmare of the Wolf ditulis dan diterbitkan oleh Beau DeMayo, dan diterbitkan bersama oleh Showrunner The Witcher dan Penerbit Eksekutif Lauren Schmidt Hissrich dan Kwang Il Han, yang juga menjadi pengarah anime ini.

Barisan pelakon suara terdiri daripada:

ENGLISH

  • Vesemir Theo James
  • Tetra – Lara Pulver
  • Deglan – Graham McTavish
  • Lady Zerbst – Mary McDonnell

JAPANESE

  • Vesemir – Yuuya Uchida
  • Tetra – Mie Sonozaki
  • Deglan – Masafumi Kimura
  • Lady Zerbst – Yukari Nozawa

 

 

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment