
Netflix telah mendedahkan tarikh tayangan dan poster filem seram aksi “Army of the Dead” arahan Zack Snyder. Filem tersebut akan ditayangkan di platform streaming Netflix pada 21 Mei ini, kurang dua bulan selepas tayangan filem yang dinantikan “Zack Snyder’s Justice League’ di HBO Max.
Anda boleh saksikan poster terbaru dibawah.
Army of the Dead mengisahkan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.
Barisan pelakon terdiri daripada Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).
Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 dan pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Kini projek tersebut dihasilkan di Netflix dengan modal pembikinan yang agak besar iaitu sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar
