Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Netflix Dedah Pandangan Pertama “COWBOY BEPOP”, Umum Tarikh Pelancaran


COWBOY BEBOP (L to R) JOHN CHO as SPIKE SPIEGEL, MUSTAFA SHAKIR as JET BLACK, DANIELLA PINEDA as FAYE VALENTINE and EIN in Cowboy Bebop Cr. GEOFFREY SHORT/NETFLIX © 2021

Yang dinanti-nantikan telah tiba, Netflix telah mendedahkan pandangan pertama Spike Spiegel (John Cho), Jet Black (Mustafa Shakir), dan Faye Valentine (Daniella Pineda) dalam Cowboy Bepop, yang akan dilancarkan pada 19 November, hanya di Netflix. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah. 

Berdasarkan siri anime kegemaran ramai, Cowboy Bepop diuruskan oleh André Nemec, dengan pengarah anime, Shinichirō Watanabe bertindak sebagai konsultan untuk siri ini. Pengubah lagu asal, Yoko Kanno turut kembali untuk adaptasi ‘live-action’. Alex Hassell dan Elena Satine turut menyertai barisan pelakon. 

Cowboy Bepop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan tentang krew The Bepop, yang bekerjasama untuk mengesan pelarian yang diburu demi mendapatkan wang. 

Di antara kru The Bepop adalah Spike Spiegel, pahlawan dengan wajahnya yang dingin, menyembunyikan masa lalu yang gelap; juruterbang Jet, penyerang kejam yang tidak sabar untuk mendapatkan bayaran; dan Faye Valentine, pahlawan wanita yang cenderung untuk memisahkan orang bodoh dari wang mereka. Berlatarbelakangkan ruang angkasa pada tahun 2017, bersama mereka adalah Ed, penggodam yang hebat, tetapi pelik, dan anjing baka Welsh Corgi yang sangat genius bernama Ein.

Anime Cowboy Bepop hanya disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul “Cowboy Bepop: The Movie”. 


COWBOY BEBOP (L to R) DANIELLA PINEDA as FAYE VALENTINE in COWBOY BEBOP Cr. GEOFFREY SHORT/NETFLIX © 2021

 

COWBOY BEBOP (L to R) JOHN CHO as SPIKE SPIEGEL in COWBOY BEBOP Cr. KIRSTY GRIFFIN/NETFLIX © 2021

 

COWBOY BEBOP (L to R) MUSTAFA SHAKIR as JET BLACK in COWBOY BEBOP Cr. GEOFFREY SHORT/NETFLIX © 2021

 

COWBOY BEPOP (L to R) DANIELLA PINEDA as FAYE VALENTINE, JOHN CHO as SPIKE SPIEGEL and MUSTAFA SHAKIR as JET BLACK on the set of COWBOY BEPOP Cr. NICOLA DOVE/NETFLIX © 2021

Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee