Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Netflix Dedah Pandangan Pertama “Alice in Borderland” Musim 2


Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai siri ‘survival thriller’ dari Jepun, Alice in Borderland 2, tetapi Netflix hari ini membangkitkan keterujaan peminat yang menantikan musim kedua dengan mendedahkan pandangan pertama siri itu. 

Seperti yang anda lihat dibawah, tiga gambar terbaru Alice in Borderland musim dua menumpukan perhatian pada Ryohei Arisu dan Yuzuha Usagi. Nampaknya Usagi sedang menggunakan beberapa peralatan baharu manakala satu lagi masih menunjukkan Arisu kelihatan terkejut melihat sesuatu di luar skrin.

Dan apabila pasangan itu bersama-sama, mereka mengumpulkan pentunjuk ketika mereka merancang strategi besar mereka yang seterusnya.

Buat masa ini, musim kedua Alice in Borderland masim belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Netflix memperbaharui siri ini dua minggu selepas musim pertama dilancarakan, dengan lapan episod pertamanya mendapat pujian pengkritik dan peminat. 

Dan sudah tentu, kejayaannya membawa perhatian kepada manga Alice in Borderland yang ditulis oleh Haro Aso.


Sinopsis:

Arisu – seorang pemuda yang lesu, tidak bekerja dan sangat obeses dengan permainan video – mendapati dirinya berada dalam bandar Tokyo yang pelik dan kosong, dimana dia dan rakan-rakannya mesti bersaing dalam permainan bahaya untuk terus hidup. 

Dalam dunia pelik ini, Arisu bertemu Usagi, seorang wanita muda yang mengembara dalam permainan secara bersendirian. Bersama-sama, mereka berusaha untuk membongkar satu demi satu misteri, ketika mempertaruhkan nyawa mereka dan menghadapi apa artinya hidup.” 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee