Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Dedah Logo Rasmi Filem Anime “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Peminat The Witcher telah menerima hadiah menarik sempena musim perayaan. Sejak projek anime The Witcher: Nightmare of the Wolf diumumkan awal tahun ini, para peminat sabar menanti perkembangan terbaru filem anime tersebut.

Dan kini, mereka menerima hadiah istimewa apabila akaun rasmi The Witcher mendedahkan logo rasmi anime tersebut. Anda boleh lihatnya dibawah:

The Witcher: Nightmare of the Wolf akan mengembangkan lagi dunia The Witcher dimana ia akan meneroka kuasa baru yang akan mengancam The Continent. Filem anime ini dihasilkan oleh Studio Mir, studio animasi Korea yang membikin Legend of Korra untuk Nickelodeon dan siri asal anime Netflix, Voltron Defender Legendary.

Beau DeMayo, penulis skrip episod ketiga The Witcher musim pertama, menulis skrip untuk Nightmare of the Wolf, manakala showrunner The Witcher, Lauren S. Hissrich turut terlibat dalam projek filem anime ini. Buat masa ini, tidak banyak butiran diketahui.

Diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski, The Witcher mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa. Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara ke The Continent yang semakin tidak menentu.

Siri 8 episod ini dibintangiHenry Cavill yang memainkan peranan utama sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg, Jodhi May sebagai Queen Calanthe, Mimi Ndiweni sebagai Fringilla, Sabrina sebagai Therica Wilson-Read, Millie Brady sebagai Princess Renfri, Adam Levy sebagai Mousesack, Björn Hlynur Haraldsson sebagai suami kepada Queen Calanthe, The Knight Eist dan MyAnna Buring sebagai Tissaia, ketua akademi ahli sihir.

Related posts

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

[Trailer] Netflix Dedah Tarikh Tayangan “To All the Boys: Always and Forever”

Kakimuvee

Leave a Comment