
Netflix, peneraju perkhidmatan streaming global, telah mendedahkan gambar-gambar terbaru siri sains fiksyen seram thriller “The Silent Sea” yang menampilkan Gong Yoo, Bae Donna dan Lee Joon.
“The Silent Sea” ditetapkan pada masa hadapan, di mana hampir kesemua tempat di Bumi berubah menjadi gurun sehingga menyebabkan kekurangan makanan dan air. Pasukan khas yang diketuai watak Gong Yoo, telah ditugaskan untuk mengambil sampel misteri dari stesen penyelidikan yang ditinggalkan di bulan dalam usaha menyelamatkan Bumi.
Pelakon Jung Woo Sung menjadi penerbit siri ini, dan barisan bintangnya termasuklah Gong Yoo, Bae Donna dan Lee Joon.
Bae Donna akan memainkan peranan sebagai Dr. Song Ji Ahn, seorang ahli astrobiologi yang menyertai pasukan khas, yang berusaha untuk mengentahui rahsia di sebalik kemalangan misteri yang berlaku di stesen penyelidikan.
Goo Yoo mengambil peranan sebagai Han Yoon Jae, ketua pasukan yang menjalankan misi berbahaya untuk mengambil sampel dari stesen penyelidikan manakala Lee Joon sebagai jurutera berbakat Ryu Tae Seok.
Plot filem ini adalah pengembangan dari filem pendek berjudul sama arahan Choi Hang Yong, yang turut mengarahkan siri terbaru Netflix ini. Penulis filem “Mother”, Park Eun Gyo menjadi penulis lakonlayar.
“The Silent Sea” adalah projek kandungan Korea terbaru yang diumumkan Netflix pada baru-baru ini, termasuklah sekuel yang dinantikan-nantikan peminat, iaitu “Kingdom”. Tarikh tayangan masih belum didedahkan.
Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru “The Silent Sea” dibawah.