Berita

Netflix Dedah Gambar Pertama "The Devil All The Time"

Views

Netflix telah melancarkan gambar pertama The Devil All The Time lakonan pelakon-pelakon hebat seperti Tom Holland (Spider-Man: Far From Home, Robert Pattinson (The Lighthouse) dan ramai lagi.  Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

Berdasarkan novel karya Donald Ray Pollock yang diterbitkan pada 2011, filem The Devil All the Time ini ditetapkan di sebuah bandar bernama Knockemstiff, selatan Ohio dan dikelilingi karakter-karakter yang suram dan pelik termasuklah pasangan pembunuh bersiri, pendakwah dan sheriff yang korup.

Berikut adalah sinopsis yang didedahkan Netflix:

“In a place called Knockemstiff, Ohio, a forgotten backwoods of this country, where a storm of faith, violence and redemption is brewing. Out of desperation to save his dying wife, Willard Russell turns to prayer which succumbs to sacrifice. This sets protagonist Arvin, Willard’s son (Holland), on his path from bullied kid to a man who knows when to take action. “The Devil All the Time” involves a nefarious cast of characters that is told across two decades.”

Filem ini diterajui oleh bintang MCU Tom Holland (Impossible, Spider-Man: Far From Home) dan Sebastian Stan (Captain America: Civil War, I, Tonya) bersama dengan Robert Pattinson (Good Time, The Batman), Mia Wasikowska ( Alice in Wonderland), Bill Skarsgard (It), Haley Bennett (The Girl on the Train), Jason Clarke (Pet Sematary), Riley Keough (It Comes at Night), Eliza Scanlen (Little Woman), Harry Melling (Harry Potter) dan Pokey LaFarge.

Diarahkan Antonio Campos yang turut menulis lakonlayar bersama-sama Paulo Campos, The Devil All the Time akan menemui penonton pada 16 September ini, eksklusif di Netflix.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks