Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Debut Poster Terbaru “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Selepas menghasilkan filem zombi era moden yang dianggap terbaik, Dawn of the Dead, pengarah terkenal Zack Snyder kembali dengan filem zombi terbaru Army of the Dead yang akan memulakan tayangannya di platform streaming Netflix pada 21 Mei ini.

Bagi menambah keterujaan, Netflix telah mendedahkan poster terbaru Army of the Dead, menampilkan watak utama dengan suasana lampu neon yang berwarna-warni dengan tagline yang agak menarik “Always Bet on Dead”. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.  

Army of the Dead akan menceritakan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak

Barisan pelakon terdiri daripada Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 dan pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Bagaimanapun, projek tersebut beralih di Netflix dengan modal pembikinan yang agak besar iaitu sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar

Army of the Dead akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 21 Mei ini. Anda boleh tonton trailer pertama disini.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee