Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Netflix Beri Lampu Hijau Untuk Hasilkan Musim Ketiga SEX EDUCATION

Selepas dua musim yang sukses, Netflix sekali lagi memberi lampu hijau untuk menghasilkan musim ketiga siri Sex Education yang dibintangi Asa Butterfield (Ender’s Game) dan Gillian Anderson (The X-Files), lapor laman The Hollywood Reporter.

Musim pertama telah mendapat sambutan popular dan kritikal dari para penonton sehingga telah membuka bicara tentang seksualiti, hubungan, dan identiti. Siri ini telah dipuji kerana menyampaikan cerita yang segar, dan penyampaian watak yang mempunyai kepelbagaian sehingga penonton jatuh hati terhadap siri ini.

Siri Sex Education berkisarkan tentang Otis Thompson – seorang pelajar teruna sekolah tinggi yang canggung dalam hubungan sosial tinggal bersama ibunya, yang merupakan seorang ahli terapi seks.  Dikelilingi oleh manual, video dan perbualan terbuka mengenai hubungan seks, Otis adalah pakar dalam subjek itu. Apabila kehidupannya dirumah didedahkan di sekolah, Otis sedar bahawa dia boleh menggunakan kepakarannya dalam meningkatkan statusnya.

Bersama rakannya Maeve, sorang gadis nakal yang bijak, mereka mendirikan klinik terapi seks secara bawah tanah untuk menangani masalah pelik rakan-rakan mereka. Melalui analisisnya terhadap seksualiti remaja, Otis menyedari bahawa dia sendiri memerlukan rawatan.

Musim kedua telahpun disiarkan pada 17 Januari yang lalu dan anda boleh saksikan di laman penstriman Netflix. netflix.com/SexEducation.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Leave a Comment