Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Beli Francais “Knives Out” Bernilai Lebih AS$400 Juta

Februari lalu, Lionsgate membuat pengumuman yang cukup mengembirakan dengan meluluskan perancangan sekuel filem popular Knives Out arahan Rian Johnson.

Tetapi kini, francais tersebut bakal menyaksikan perubahan besar apabila Netflix semakin hampir untuk mendapatkan hak filem kedua dan ketiga siri ini.

Menurut sumber (via Deadline), Apple, Amazon dan Netflix telah bersaing untuk mendapatkan hak francais Knives Out, yang dimiliki dan dilesenkan oleh Johnson dan rakan penerbitnya, Ram Bergman.

Buat masa ini tidak diketahui kenapa kedua-dua individu itu memilih untuk menjual hak francais Knives Out kepada platform penstriman, tetapi sumber berkata Netflix berjaya memenangi bidaan dengan perjanjian bernilai kira-kira AS$450 juta. 

Filem pertama telah dibeli Media Rights Capital, sebelum menjualnya kepada Lionsgate. Sumber turut melaporkan, syarikat itu telah membantu penjualan hak sekuel kepada Netflix.

Sementara itu, sekuel pertama Knives Out dijangka memulakan penggambaran pada 28 Jun ini di Greece. 

Filem pertama Knives Out telah mengecapi kejayaan besar apabila di puji para pengkritik dan penonton, serta berjaya meraih kutipan hampir AS$300 juta seluruh dunia. Selain itu juga, filem misteri pembunuhan itu mencapai beberapa kejayaan antarabangsa antaranya tercalon dalam beberapa kategori utama dalam majlis anugerah Golden Globs Awards dan Academy Awards.

Dalam filem yang lalu, Detektif Blanc telah diupah oleh individu misteri untuk menyiasat satu kes kematian misteri melibatkan keluarga novelis terkenal, Harlan Thrombey. Siasatan tersebut telah membawa kepada drama keluarga yang cukup rumit dan mencuit hati.

Knives Out dibintangi Daniel Craig, Chris Evans, Michael Shannon, Lakeith Stanfield, Don Johnson, Toni Collette, Christopher Plummer, Katherine Langford, Riki Lindhome, Edi Patterson, Raul Castillo dan Jamie Lee Curtis.

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee