Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Beli Filem Sony “The Man From Toronto” Lakonan Kevin Hart & Woody Harrelson

Netflix telah memperoleh hak edaran antarabangsa untuk filem aksi-komedi terbaru Sony Pictures yang akan datang bertajuk The Man From Toronto, lapor Deadline.

Filem tersebut, yang dibintangi Kevin hart dan Woody Harrelson, sepatutnya di tayangkan di pawagam pada 2022, tetapi telah ditunda beberapa kali disebabkan pandemik COVID-19. Selepas menetapkan tarikh tayangan pad a2021, filem itu sekali lagi ditunda ke tarikh 12 Ogos 2022. Nakun, Netflix akhirnya telah membeli hak filem tersebut, dan ianya akan dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan streaming pada penghujung tahun ini. 


Menggunakan tema kesilapan identiti, The Man from Toronto akan berkisarkan tentang seorang pembunuh terkenal yang dikenali sebagai “Man from Toronto” dan seorang lelaki dari Kota New York, Teddy yang bertemu di sebuah rumah tumpangan. Pertemuaan tersebut menyaksikan kesilapan identiti dan berlaku pertembungan dengan pembunuh upahan.

Patrick Hughes (Hitman’s BodyguardRed HillThe Hitman’s Wife’s Bodyguard) akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Robbie Fox. Jason Blumenthal akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Black dan Steve Tisch.

Menyertai Hart dan Harrelson adalah Kaley Cuoco, Jasmine Mathews, Ellen Barkin, Lela Loren, Pierson Fode, dan Jencarlos Canela.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment