Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Netflix Bekerjasama Dengan Zack Snyder Untuk Hasilkan Anime Berdasarkan Mitologi Norse


Dengan projek seperti Altered Carbon, Ultraman, Aggretsuko dan Ghost in the Shell: SAC_2045, Netflix dilihat ingin terus mengembang siri anime mereka sendiri. Menurut laporan dari Deadline, laman pengstriman itu dilaporkan sedang membangunkan satu lagi siri anime dengan kerjaya sama Jay Oliva dan Zack Snyder.

Cuma buat masa ini, Netflix tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai projek terbaru mereka itu, tetapi terdapat khabar angin mengatakan, anime tersebut berdasarkan dari mitologi Norse.

Kedua-dua pengarah tersebut telahpun menandatangani kontrak untuk menulis siri tersebut dan menjadi penerbit eksekutif. Jay Oliva dikatakan turut bersetuju untuk mengalas tugas sebagai pengarah.

Setakat ini tiada tarikh tayangan diumumkan, dan peminat mungkin dapat mengentahui mengenai projek tersebut dalam sedikit masa lagi.

Untuk info, Zack Snyder dan Jay Oliva pernah bekerjasama dalam penghasilan filem Justice League dan Man of Steel.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee