Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Batal Cowboy Bebop Selepas Satu Musim

COWBOY BEPOP (L to R) DANIELLA PINEDA as FAYE VALENTINE, JOHN CHO as SPIKE SPIEGEL and MUSTAFA SHAKIR as JET BLACK on the set of COWBOY BEPOP Cr. NICOLA DOVE/NETFLIX © 2021

Netflix secara rasmi telah membatalkan adaptasi aksi langsung Cowboy Bebop selepas hanya satu musim. Siri 10 episod itu ditayangkan pada bulan lepas dalam perkhidmatan penstriman pada 19 November dan telah mendapat penerimaan bercampur-campur dari pengkritik dan penonton.

Walaupun mencatatkan 74 juta jam tontonan di seluruh dunia, siri ini menyaksikan penurunan jumlah tontonan lebih 59 peratus pada minggu lepas. Cowboy Bebop dibintangi John Cho sebagai Spike Spiegel, Mustafa Shakir sebagai Jet Black, Daniella Pineda sebagai Faye Valentine, Alex Hassell sebagai Vicious dan Elena Satine sebagai Julia.

Cowboy Bebop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan tentang krew The Bepop, yang bekerjasama untuk mengesan pelarian yang diburu demi mendapatkan wang. 


Di antara kru The Bepop adalah Spike Spiegel, pahlawan dengan wajahnya yang dingin, menyembunyikan masa lalu yang gelap; juruterbang Jet, penyerang kejam yang tidak sabar untuk mendapatkan bayaran; dan Faye Valentine, pahlawan wanita yang cenderung untuk memisahkan orang bodoh dari wang mereka. Berlatarbelakangkan ruang angkasa pada tahun 2017, bersama mereka adalah Ed, penggodam yang hebat, tetapi pelik, dan anjing baka Welsh Corgi yang sangat genius bernama Ein.

Anime Cowboy Bebop hanya disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul “Cowboy Bebop: The Movie”.

See you, space cowboy…

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee