BeritaSiri TV

Netflix Bangunkan Siri Resident Evil, Sinopsis Rasmi Dibocorkan Peminat?

Views

Netflix kini sedang membangunkan siri adaptasi permainan video Capcom, Resident Evil. Tidak banyak butiran lanjut mengenai siri tersebut termasuklah barisan pelakonnya, tetapi beberapa khabar angin yang tersebar mungkin memberikan sedikit keterujaan kepada peminat.

Antara khabar angin yang mula disebarkan media-media antarabangsa adalah tarikh produksi yang dijangkakan bermula pada Jun ini.

Selain itu juga, sinopsis rasmi juga turut didedahkan oleh peminat. Menurut laporan dari BloodyDisgusting, peminat dari Brazil itu telah menghubungi pejabat Netflix dan meminta maklumat mengenai siri Resident Evil, dan respond dari pejabat tersebut mendedahkan kemungkinan sinopsis untuk siri akan datang.

“The city of Clearfield, Maryland, has long lived under the shadow of three seemingly disconnected entities: Umbrella Corporation, the now retired Greenwood Asylum and the federal capital, Washington. Now, twenty-six years after the discovery of the T-Virus, the secrets kept by the trio are beginning to surface, with the first signs of the epidemic.”

Sementara itu, laman Splash Report mendedahkan (kemaskini: artikel tersebut telah dipadam), plot siri Resident Evil akan memberi fokus kepada Jade dan Billie Wesker, yang merupakan adik beradik tiri dan anak kepada antagonis Albert Wesker. Jika laporan dari Splash Report tepat, siri akan datang tidak akan dipengaruhi mana-mana permainan video Resident Evil memandangkan kedua-dua karakter tersebut tiada dalam siri permainan video.

Apapun, sehingga Netflix dedahkan sinopsis rasmi dan tarikh mula produksi, kita menganggap semuanya sekadar spekulasi.

BACA:  Netflix Dedahkan Trailer Pertama Siri Anime TRANSFORMERS: WAR FOR CYBERTRON

Siri Netflix Residen Evil akan menemui penonton pada penghujung 2020?

Tinggalkan Balasan

shares