Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Bangunkan Siri Live-Action Assassin’s Creed.

Netflix telah berkerjasama dengan pembangun permainan video Ubisoft untuk bangunkan kandungan rancangan yang berdasarkan francais permainan video Assassin’s Creed. Perjanjian tersebut termasuklah membangunkan siri live action pertama Assassin’s Creed, serta siri animasi dan anime. 

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan Netflix:

“We’re excited to partner with Ubisoft and bring to life the rich, multilayered storytelling that Assassin’s Creed is beloved for,”

“From its breathtaking historical worlds and massive global appeal as one of the best selling video game franchises of all time, we are committed to carefully crafting epic and thrilling entertainment based on this distinct IP and provide a deeper dive for fans and our members around the world to enjoy.”

Assassin’s Creed adalah permainan video stealth aksi-pengembaraan yang diciptakan oleh pereka permainan video Kanada, Patrice Désilets, dan Jade Raymond bersama dengan Corey May. Ubisoft pertama kali melancarkan permainan ini pada tahun 2007 dan disusuli lebih dari 10 sekuel permainan. Francais ini telah terjual lebih dari 155 juta salinan di seluruh dunia sejak debutnya, menjadikannya francais terlaris Ubisoft dan salah satu francais permainan video terlaris sepanjang zaman.

Filem live action Assassin’s Creed telah dihasilkan pada 2016 oleh studio 20th Century Fox dan dibintangi pelakon seperti Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons dan Brendan Gleeson. Bagaimanapun, filem ini mendapat respon negatif dari pengkritik dan peminat serta gagal dipentas box office dengan hanya mampu meraih $240 juta dolar seluruh dunia berbanding kos pembikinan sekitar $125 juta,

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating