Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Bangunkan Siri Anime Scott Pilgrim

Siri anime Scott Pilgrim kini sedang dalam pembangunan di Netflix!

Menurut laporan THR, siri anime ini akan mengadaptasikan siri novel grafik popular yang telah memberi inspirasi kepada peminan video keluaran Ubisoft dan filem arahan Edgar Wright, Scott Pilgrim vs. The World, lakonan Michael Cera. Siri ini sedang dibangunkan oleh Netflix dan UCP, tetapi belum mempunyai pesanan buat masa ini.


Pencipta Scott Pilgrim, Bryan Lee O’Malley kini sedang menulis siri animasi dan akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama dengan BenDavid Grabinski (Are You Afraid of the Dark?). Kedua-dua mereka akan berkhidmat sebagai ‘showrunner’ sekiranya Netflix memberi lampu hijau untuk memulakan produksi. 

Bagi animasinya pula, studio anime Science SARU (Ping Pong the Animation, Keep Your Hands Off Eizouken!) akan mengendalikan produksi dengan Eunyoung Choi sebagai penerbit dan Abel Gongora sebagai pengarah. Science SARU baru-baru ini menyumbang dua episod kepada siri anime Star Wars: Visions: “Akakiri” dan “T0-B1.”

Filem Scott Pilgrim vs. The World yang diterbitkan pada tahun 2010 turut dibintangi Mary Elizabeth Winstead, Kieran Culkin, Alison Pill dan ramai lagi. Ia menceritakan tentang Scott yang menyukai seorang gadis bernama Ramona Flowers, tetapi dia bertarung dengan bekas-bekas kekasih Ramona terlebih dahulu sebelum dapat memilikinya. 

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment