Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan “Time to Hunt”

Menurut Deadline, Netflix kini sedang dalam proses membangunkan ‘remake’ berbahasa Inggeris Time to Hunt, berdasarkan filem aksi-thriller dystopian Korea Selatan yang telah ditayangkan pada tahun lepas.

Di samping itu, pengarah Night Teeth Adam Randall juga telah menandatangani kontrak untuk menerajui projek itu. Randall sebelum ini telah membentangkan projeknya kepada Netflix pada musim panas yang lalu melalui dokumen setebal 150 halaman.

“Saya menonton filem itu semasa ‘lockdown’ dan saya fikir ia adalah konsep yang sangat hebat,” kata Randall dalam satu kenyataan.

“Ia filem separuh rompakan, separuh kejar-mengejar, berlatarbelakangkan distopia, jadi ia menggabungkan tiga genre sinematik kegemaran saya. Versi yang saya usahakan ditetapkan di A.S. dengan cerita yang berbeza tetapi struktur yang serupa. Dari apa yang saya faham, ini adalah kali pertama Netflix memilih salah satu filem bahasa asingnya sendiri. Proses pemilihan itu agak rumit tetapi kini telah selesai.”

Filem asal telah ditulis dan diarahkan oleh pembikin filem terkenal Yoon Sung-hyun (Bleak Night). Ia merupakan filem Korea pertama yang dijemput ke Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-70 untuk tayangan gala khas.

Ditetapkan di masa hadapan Korea di mana negara itu telah dilanda krisis kewangan, Time to Hunt memfokuskan kepada empat rakan ketika mereka diburu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, sementara mereka menjalankan rancangan berbahaya untuk memulakan kehidupan yang baru.

Filem tersebut dibintangi oleh Lee Je-hoon (Signal, Move to Heaven), Choi Woo-shik (Parasite), Ahn Jae-hong (Reply 1988, Fight for My Way), Park Jeong-min (Deliver Us from Evil), dan bintang Squid Game, Park Hae-soo, yang seterusnya akan dilihat sebagai Berlin dalam ‘remake’ Netflix Korea bagi siri hit Money Heist.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment