Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Bangunkan Filem Anime The Witcher: Nightmare of the Wolf

Selepas debut The Witcher yang berjaya pada Disember yang lalu, Netflix secara rasminya mengumumkan filem anime adaptasi cerita terbaru Witcher berjudul Nightmare of the Wolf. Lauren Schmidt Hinssrich dan Beau DeMayo akan bertindak selaku penerbit eksekutif.

The Witcher: Nightmare of the Wold akan mengembangkan lagi dunia The Witcher dimana ia akan meneroka kuasa baru yang akan mengancam The Continent. Filem anime ini dihasilkan oleh Studio Mir, studio animasi Korea yang membikin Legend of Korra untuk Nickelodeon dan siri asal anime Netflix, Voltron Defender Legendary.

Diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski, The Witcher mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa. Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara ke The Continent yang semakin tidak menentu.

Siri 8 episod ini dibintangiHenry Cavill yang memainkan peranan utama sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg, Jodhi May sebagai Queen Calanthe, Mimi Ndiweni sebagai Fringilla, Sabrina sebagai Therica Wilson-Read, Millie Brady sebagai Princess Renfri, Adam Levy sebagai Mousesack, Björn Hlynur Haraldsson sebagai suami kepada Queen Calanthe, The Knight Eist dan MyAnna Buring sebagai Tissaia, ketua akademi ahli sihir.

The Witcher kini boleh disaksikan di platform penstriman video Netflix

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment