Netflix Bakal Terbitkan Filem Dan TV Siri Chronicles Of Narnia

123
views

Laman streaming Netflix dilaporkan bakal menerbitkan filem dan tv siri adaptasi dari novel fantasi klasik Chronicles of Narnia tidak lama lagi. Menurut laman The Hollywood Reporter, bekas penulis skrip filem animasi Coco, Matthew Aldrich bakal mengetuai pasukan kreatif projek itu.

Netflix berjaya memperolehi hak novel francais yang ditulis C.S Lewis pada Oktober tahun lepas dan bercita-cita mahu membangunkan adaptasi novel tersebut dalam bentuk filem dan tv siri.

7 novel asal Chronicle of Narnia telah terjual lebih 100 juta salinan seluruh dunia dan diterbitkan lebih 50 bahasa. Siri novel tersebut juga diadaptasikan dalam versi filem iaitu The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005), Prince Caspian (2008) serta The Voyager of the Dawn Treader (2010), dan francais filem itu berjaya meraih $1.6 billion dolar.