Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Netflix Bakal Hasilkan Siri Prekuel THE WITCHER

Nampaknya, francais The Witcher bakal dikembangkan lagi.

Pada 27 Julai, Netflix mengumumkan penerbitan siri prekuel The Witcher berjudul The Witcher: Blood Origin. 

Siri enam bahagian itu akan ditetapkan dalam dunia ‘elf’, 1200 tahun sebelum kisah The Witcher. Ia menceritakan sejarah Witcher pertama, yang hidup sebelum kejatuhan tamadun Elven.

Delcan de Barra akan bertindak selaku penerbit eksekutif dan ‘showrunner’, manakala ‘showrunner’ The Witcher, Lauren Schmidt Hissrich turut menjadi penerbit eksekutif.

“As a lifelong fan of fantasy, I am beyond excited to tell the story The Witcher: Blood Origin,” de Barra said in a statement. “A question has been burning in my mind ever since I first read The Witcher books – What was the Elven world really like before the cataclysmic arrival of the humans? I’ve always been fascinated by the rise and fall of civilizations, how science, discovery, and culture flourish right before that fall. How vast swaths of knowledge are lost forever in such a short time, often compounded by colonization and a rewriting of history. Leaving only fragments of a civilization’s true story behind.” – Delcan de Barra.

Penggambaran The Witcher: Blood Origin akan berlangsung di United Kingdom tidak lama lagi.

Netflix masih belum menetapkan tarikh pelancarkan siri prekuel ini, bagaimanapun peminat dijangka dapat menonton musim kedua The Withcer sekitar 2021.

Related posts

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Adakah Anda Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jiran Baru Anda? ‘You’ Musim Ketiga Akan Kembali Ke Netflix 15 Oktober Ini

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Malaysian Kids Discover Outer Space in ‘Elliott from Earth’ – Now on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment