Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Bakal Hasilkan Sekuel BIRD BOX


Nampaknya anda terpaksa menutup mata semula.

Netflix kini sedang bersiap sedia untuk hasilkan filem hit 2018, Bird Box. Pekara tersebut disahkan penulis novel, Josh Malerman ketika ditemubual laman Inverse.

Menurut Malerman, filem akan datang diadaptasikan novel Malorie, sekuel kepada novel Bird Box. 

“‘Malorie’ opens at the school for the blind, which is where the movie ends,”

“Then it jumps a few years later, and it really takes off 10 years after that. I can’t say much, but I can say that it is in development… Sometimes it’s weird, all this secrecy, but I’m game.”


Bird Box merupakan antara kejayaan terbesar Netflix selepas ia ditonton lebih 45 juta pengguna akaun dalam tempoh 7 hari tayangan. Walaupun mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, masih terdapat permintaan untuk dihasilkan sekuel.

Filem lakonan Sandra Bullock ini berkisarkan tentang seorang wanita dan dua kanak-kanak yang berjuang untuk terus hidup dikala populasi manusia semakin berkurangan apabila diserangan entiti misteri. Demi mencari tempat perlindungan, mereka perlu meredah sungai yang deras dan terpaksa menutup mata jika ingin hidup.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Trevante Rhodes (Moonlight, The Predator), Golden Globe winner Sarah Paulson (American Crime Story, Ocean’s Eight), dan John Malkovich (In the Line of Fire, Burn After Reading). Susanne Bier bertindak sebagai pengarah dari lakonlayar yang ditulis Eric Heisserer (Arrival).

Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee