Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

[NETFLIX] Amanda Seyfried Bakal Bintangi Filem Thriller “Things Heard & Seen”


Bintang filem First Reformed, Amanda Seyfried dilaporkan sedang dalam rundingan dengan Netflix untuk memainkan peranan utama dalam sebuah filem psikologikal ngeri berjudul Things Heard & Seen. 

Filem yang ditulis serta diarahkan secara bersama oleh Shari Springer Berman dan Robert Pulcini ini mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berpindah ke sebuah rumah ladang yang terletak di pekan kecil, berhampiran New York. Mereka kemudiannya menyedari bahawa rumah tersebut telah disumpah dengan satu kes pembunuhan yang melibatkan pemilik terdahulu, dan rahsia gelap pasangan suami isteri itu mula terbongkar.

Seyfried akan memainkan peranan sebagai seorang isteri yang mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di pekan kecil dan rumah yang dipercayai berhantu.

Tarikh tayangan Things Heard & Seen masih belum didedahkan Netflix.

Sumber: The Hollywood Reporter



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee