Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Netflix: “Alice In Borderland” Akan Menemui Penonton Tempatan 10 Disember Ini!

Bagi yang meminati siri drama Jepun, jangan lupa saksikan siri adaptasi manga Alice in Borderland, 10 Disember ini, eksklusif di Netflix. 

Alice in Borderland berdasarkan dari manga survival thriller berjudul sama karya Haro Aso. Manga ini telah diterbitkan dalam Weekly Shonen Sunday

Siri ini mengisahkan Arisu – seorang pemuda yang lesu, tidak bekerja dan sangat obeses dengan permainan video – mendapati dirinya berada dalam bandar Tokyo yang pelik dan kosong, dimana dia dan rakan-rakannya mesti bersaing dalam permainan bahaya untuk terus hidup. 

Dalam dunia pelik ini, Arisu bertemu Usagi, seorang wanita muda yang mengembara dalam permainan secara bersendirian. Bersama-sama, mereka berusaha untuk membongkar satu demi satu misteri, ketika mempertaruhkan nyawa mereka dan menghadapi apa artinya hidup. 

Diarahkan oleh Shinsuke Sato, Alice in Borderland dibintangi pelakon seperti Kento Yamazaki (Kingdom, The Disastrous Life of Saiki K) dan Tao Tsuchiya (Library Wars: BOOK OF MEMORIES, Mare)

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha