Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Netflix Akan Terbitkan Filem Animasi Terbaru “Ultraman”

Netflix mengumumkan kerjasama dengan Tsuburaya Productions untuk mengembangkan sebuah filem animasi CG terbaru Ultraman. 

Menurut Variety, filem animasi Ultraman akan datang menampilkan kisah baru, dan dalam masa yang menarik penonton yang tidak pernah melihat mana-mana siri Ultraman. Shannon Tindle akan membuat debut sebagai pengarah bersama John Aoshima (DuckTales, Gravity Falls) yang turut menjadi pengarah projek ini. Tindle turut menjadi penulis skrip bersama Marc Haimes (Kubo and the Two Strings). Tom Knott dan Lisa Poole berfungsi sebagai penerbit.


Filem ini akan mengikuti kisah pemain baseball superstar bernama Ken Sato, yang kembali ke Jepun untuk mengambil mantel Ultraman. Bagaimanapun segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Dia menjumpai raksasa kaiju yang baru dilahirkan, dan membuat keputusan untuk menjaga raksasa tersebut. Kaiju adalah salah satu bahagian dari masalah kehidupan Sato kerana dia juga harus menjaga hubungannya dengan ayahnya yang terpisah dan Pasukan Pertahanan Kaiju.

Walaupun kisah asli ini dirancang untuk penonton baru, ia tetap menggembirakan peminat yang telah mengikuti siri ini selama beberapa dekad terakhir. Animasinya akan dilakukan sendiri oleh Tsuburaya Productions and Industrial Light and Magic. Untuk mendapatkan idea mengenai hala tuju animasi yang akan dibuat oleh studio, anda boleh melihat seni konsep di atas.

Buat masa ini barisan pelakon masih belum diumumkan, tetapi dijangkakan ia akan menggabungkan bintang dari Jepun dan barat.

Untuk info, Shannon Tindle pernah terlibat dalam beberapa animasi popular seperti Coraline, Kubo dan Two Strings serta Megamind dan Foster’s Home for Imaginary Friends.

Related posts

Musim 6 “My Hero Academia” Dapat Tarikh Tayangan Perdana & Poster

Zulaikha

Perjalanan Ajaib Dalam Trailer Filem Anime Netflix “Drifting Home”

Kakimuvee

Crunchyroll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime ‘Dragon Ball Super: SUPER HERO’ – Termasuk Malaysia

Kakimuvee

Lagenda Anime Kembali Dengan Kisah Baharu Yang Mendebarkan; “Black Rock Shooter Dawn Fall” Kini Boleh Distrim Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Anime “Drifting Home”

Kakimuvee

Leave a Comment