Netflix Akan Hasilkan Sekuel Siri Animasi Masters of the Universe

149
views

Pada tahun 1982, syarikat penerbitan animasi Filmation (kini telah tiada) telah menghasilkan He-Man and the Masters of the Universe, sebuah siri animasi yang diadaptasikan dari patung figura He-Man keluaran Manttell. Siri tersebut bagaimanapun ditamatkan pada tahun 1988 meskipun ia bukanlah siri finale.

Kini Netflix cuba menghidupkan kembali animasi tersebut apabila mengumumkan siri anime terbaru mereka berjudul Masters of the Universe: Revelation

Ketika di Power-Con 2019, pembikin filem Kevin Smith mengumumkan dia akan menjadi penerbit eksekutif dan showrunner siri animasi Masters of the Universe: Revelation, manakala syarikat animasi Powerhouse akan menyediakan animasinya.

Menurut Smith lagi, siri terbaru itu akan menjadi ‘direct sequel’ Masters of the Universe yang ditinggalkan syarikat terdahulu iaitu Filmation.

Netflix masih belum menetapkan tarikh tayangan Masters of the Universe: Revelation, tetapi syarikat penstriman video itu telah mendedahkan teaser poster pertama siri tersebut. Anda boleh lihatnya dibawah.

Berikut adalah sinopsis rasmi yang diumumkan oleh Netflix:

 “A radical return to Eternia, Revelation is a direct sequel series to the classic era of Masters of the Universe. Featuring fan-favorites He-Man, Orko, Cringer and Man-At-Arms, the story pits our heroic warriors and guardians of Castle Grayskull against Skeletor, Evil-Lyn, Beast Man and the vile legions of snake mountain! 

But after a ferocious final battle forever fractures Eternia, it’s up to Teela to solve the mystery of the missing Sword of Power in a race against time to prevent the end of the Universe! Her journey will uncover the secrets of Grayskull at last. This is the epic He-Man and the Masters of the Universe saga fans have waited 35 years to see!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here