Berita

Netflix Akan Hasilkan Sekuel Murder Mystery

Views

Selepas mencipta rekod tontonan di laman penstriman video, Netflix mengumumkan bahawa sekuel filem Murder Mystery bakal dihasilkan tidak lama lagi dengan James Vanderbilt kini sedang berunding untuk kembali menghasilkan skrip.

Laporan dari laman The Hollywood Reporter turut menyebut, Adam Sandler dan Jennifer Aniston dijangka akan kembali membawakan watak masing-masing.

Filem pertama Murder Mystery mengisahkan tentang seorang anggota polis New York (Adam Sandler) yang membawa isterinya (Jennifer Aniston) bercuti ke Eropah. Namun malang berlaku, apabila pasangan suami isteri itu dituduh membunuh seorang jutawan ketika menghadiri majlis perjumpaan keluarga.

Murder Mystery diarahkan oleh Kyle Newacheck manakala skrip ditulis oleh Vanderbilt. Turut membintangi filem ini adalah Luke Evans, Gemma Arterton, Luis Gerardo Mendez, Shioli Kutsuna, David Willaims, Adeel Akhtar dan ramai lagi.

Filem ini masih boleh ditonton dilaman penstriman video Netflix.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks