Berita

Permainan MOBA Mudah Alih “Marvel Super War” Kini Boleh Dimuat Turun Ke Telefon Pintar Anda

Cipta Civil War anda sendiri menerusi permainan MOBA MARVEL Super War

Views

NetEase Games dan Marvel Entertainment telah mengumumkan pelancaran kerjasama permainan MOBA untuk telefon pintar, MARVEL Super War, tersedia untuk peranti iOS dan Android di Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia dan India. Pemain dari rantau dinyatakan boleh MEMUATURUN di App Store dan Google Play Store

Dalam permainan MARVEL Super War, pemain boleh memilih peranan kegemaran mereka dan juga karakter-karakter Marvel, mewujudkan detik-detik kemunculan yang luar biasa di medan perang dan membawa penghormatan dan kemenangan kepada skuad mereka.

Sejak diumumkan pada 20 Mei yang lalu, MARVEL Super War telah menjalani ujian beta di dua rantau yang menerima maklumbalas yang cukup baik dari pemain. Pencipta permainan ini telah mempertingkatkan MARVEL Super War sepanjang tahun, dan permainan MOBA untuk telefon pintar yang menampilkan karakter-karakter Marvel akhirnya boleh didapati dan dimuaturun sekarang.

MARVEL Super War akan dilancarkan 19 Disember lalu menampilkan beberapa ciri-ciri baru antaranya:

Penyertaan karakter popular Marvel termasuklah Thor, Hawkeye, Scarlet Witch, Black Widow dan The Hulk, serta penampilan adiwira yang sangat dinantikan iaitu Captain America dan Spider-Man yang akan memberikan skill pertarungan yang menarik.

Lihat skill Captain America dan Spider-Man di sini:

BACA:  Siri TV Obi-Wan Kenobi Sedang Mencari Pelakon Untuk Watak Muda Luke Skywalker & Leia Organa

Spider-Man:

Captain America:

Mod permainan baru juga dibuka sekarang! pemain boleh menikmati pertempuran yang cukup mendebarkan dalam mod permainan “Free-for-All, atau berusaha mengumpul Vibranium yang paling banyak untuk kemenangan pasukan mereka sendiri dalam mod permainan asal, “Battle for Vibranium.”

Terdapat lebih banyak kejutan tersembunyi di setiap sudut permainan, dan semuanya menunggu pemain untuk menemuinya! Adakah anda bersedia untuk memulakan perjalanan anda di medan pertempuran Wakanda?

Sertai MARVEL Super War Sekarang!

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman rasmi MARVEL Super War:

Tinggalkan Balasan

shares