Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Nenek Dom’ Sertai ‘Cucunya’ Dalam “FAST X”

Selepas memperkenalkan saudara kandung yang telah lama terpisah dalam filem pertama, ansuran terbaru Fast & Furious, Fast X, bakal mengembangkan lagi keluarga Dominic Toretto dengan memperkenalkan nenek kepada Dom, yang akan dilakonkan oleh bintang ikonik Hollywood. 

Menerusi media sosial Instagram, Vin Diesel mengumumkan bahawa pemenang EGOT Rita Moreno (West Side Story; The King and I) akan menyertai barisan pelakon ansuran terbaru Fast & Furious sebagai nenek kepada Dominic (Diesel), Mia (Jordana Brewster), dan Jakob Toretto (John Cena).


Menerusi videonya, Diesel menzahirkan keterujaannya dapat bekerja dengan Rita Moreno, “Bekerja dengan Rita Morena adalah impian saya, dan hakikat bahawa dia di sini, membawa watak sebagai nenek saya, membuatkan jikwa saya tersenyum. Saya sangat diberkati.” 

Moreno akan menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang, yang akan meneruskan peranan masing-masing. 

Ansuran kesepuluh juga akan menampilkan penambahan pendatang baharu francais seperti Jason Momoa (Aquaman), Daniela Melchior (The Suicide Squad), dan Brie Larson (Captain Marvel), dengan Momoa dijangka akan berperanan sebagai antagonis.

Louis Letterier (The Incredible Hulk; Now You See Me) mengambil-alih tugas pengarahan dari Justin Lin, yang berundur dari projek disebabkan perbezaan kreatif dengan Diesel dan pihak studios. Lakon layar dihasilkan Lin dan Dan Mazeau.

Butiran plot masih lagi tidak diketahui, tetapi filem akan datang dijangka memberikan finale dua-bahagian yang cukup epik. 

 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment