Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Neill, Dern, Goldblum Sah Kembali Untuk Filem Jurassic World 3

Universal Pictures dan Amblin secara rasmi mengesahkan bahawa bintang asal filem Jurassic Park, iaitu Sam Neill, Laura Dern dan Jeff Goldbulm akan kembali memainkan peranan mereka dalam filem akan datang Jurassic World 3. Mereka bertiga akan menyertai pelakon utama Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard.

Golblum satu-satunya trio Jurassic Park yang telah membuat penampilan dalam francais Jurassic World menerusi filem Jurassic World: Fallen Kingdom dengan memainkan peranannya sebagai Dr. Ian Malcolm.





Colin Trevorrow akan kembali mengarahkan filem ketiga Jurassic World dan akan turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama Steven Spielberg. Manakala Frank Marshall dan Pat Crowley sekali lagi bertindak selaku penerbit. Trevorrow juga bekerjasama dengan Emily Carmichael untuk menghasilkan skrip filem Jurassic World 3.

Setakat ini tarikh penggambaran masih belum diumumkan. Universal Pictures dan Amblin Pictures telah menetapkan tarikh tayangan Jurassic World 3 iaitu pada 11 Jun 2021.




Related posts

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman