Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Neill Blomkamp Tidak Lagi Mengarahkan Sekuel RoboCop


Hasrat peminat-peminat RoboCop untuk menyaksikan sebuah filem sekuel yang diarahkan oleh Neill Blomkamp nampaknya tidak kesampaian apabila pengarah tersebut mengumumkan tidak lagi terlibat dalam projek terbaru itu.

Menerusi kenyataannya di laman Twitter, Blomkamp memberitahu kepada peminat bahawa dia kini sedang terlibat dalam sebuah projek filem seram / thriller bersama studio MGM.

https://twitter.com/NeillBlomkamp/status/1161887748535439360?s=20

Pengarah yang terkenal menerusi filem District 9¬†itu sepatutnya menghasilkan filem ‘direct’ sekuel dengan menggunakan skrip¬†Robocop 2¬†yang tidak digunakan tulisan Ed Neumeier dan Michael Miner. Skrip tersebut dilaporkan telah ditulis semula oleh Justin Rhodes.

Blomkamp setakat ini tidak mendedahkan sebab dia tidak lagi mengarahkan filem sekuel RoboCop itu.


Sebanyak empat buah filem RoboCop telah dihasilkan dimana filem pertama diterbitkan pada tahun 1987 dan disusuli filem RoboCop 2 pada 1990. Filem RoboCop 3 yang sepatutnya ditayangkan pada 1991 terpaksa ditangguh sehingga tahun 1993 disebabkan syarikat penerbitan Orion Pictures mengalami kebankrapan.

Filem remake RoboCop arahan Jose Padilha kemudiannya diterbitkan pada 2014 dan berjaya meraih $242 juta seluruh dunia, tetapi menerima maklumbalas negatif dari para pengkritik serta peminat.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee