Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Neill Blomkamp Berjanji Sut Armor Asal RoboCop Akan Digunakan Dalam Filem Arahannya


Pengarah filemĀ RoboCop Returns, Neill Blomkamp mengesahkan kepada peminat bahawa sut armor asal yang digunakan RoboCop akan digunakan dalam filem arahannya itu.

Beliau mengesahkan pekara berkenaan semasa ditanya oleh peminat dilaman Twitter miliknya.

Dalam sesi soal jawab di laman Twitter beliau bersama peminat, Blomkamp juga turut memberi perkembangan terbaru mengenai filemnya, yang mana skrip filem tersebut kini sedang dihasilkan.

https://twitter.com/NeillBlomkamp/status/1145088814421073920?s=20

Setakat ini, tiada perkembangan terbaru mengenai pelakon yang akan membintangi filemĀ RoboCop Returns. Tetapi dikhabarkan, pelakon asal yang membawakan watak utama ini, Peter Weller akan kembali membawakan perananya dalam filem kali ini.


RoboCop ReturnsĀ dikatakan akan menjadi sekuel kepada filem pertamaĀ RoboCopĀ yang diterbitkan pada tahun 1987.Ā Skrip kini sedang ditulis oleh Justin Rhodes berdasarkan skrip asal yang ditulis oleh Edward Neumeier dan Michael Miner.

Kepada peminat-peminat RoboCop, adakah anda teruja melihat sut armor asal digunakan dalam filem terbaru arahan bekas pengarah District 9?


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee