Neill Blomkamp Arahkan Filem Terbaru Robocop

0
80
views

Syarikat penerbitan MGM dilaporkan bakal menghasilkan sebuah filem Robocop terbaru yang berjudul Robocop Return dan telah memilih Neil Blomkamp (District 9, Elysium) sebagai pengarah filem tersebut.

Menurut laporan dari Deadline, filem terbaru ini adalah sekuel dari siri asal bukannya dari filem 'reboot' Robocop yang dihasilkan pada tahun 2014.

Penulis skrip filem reboot Terminator, Justin Rhodes akan mengolah semula skrip asal yang ditulis oleh Ed Neumeier dan Michael Miner dan kedua-dua penulis tersebut akan menjadi penerbit dan penerbit eksekutif filem ini.

Sementara itu, dengan penghasilan filem terbaru ini, pihak studio berharap dapat menghidupkan kembali franchise Robocop. Filem akan datang ini menyaksikan kembalinya polis 'cycborg' Robocop untuk menentang jenayah dan rasuah yang semakin berleluasa di bandar Detroit. 

Filem pertama Robocop yang diarahkan oleh Paul Verhoeven pada tahun 1987 mengisahkan tentang pengawai polis Alex Murphy yang dibunuh kejam oleh sekumpulan penjenayah semasa bertugas. Dia kemudiannya 'dihidupkan' kembali sebagai 'cycborg' penentang jenayah. Filem pertama ini berjaya meraih $53 juta dan turut membawa pulang satu anugerah Oscar.

Filem kedua diarahkan oleh Irvin Kershner pada tahun 1990 dan berjaya meraih $45 juta dolar, tetapi tidak mendapat kritikan positif seperti filem pertama, manakala filem ketiga dihasilkan pada tahun 1991, tetapi hanya dapat ditayangkan pada tahun 1993 disebabkan studio penerbitannya, Orion Pictures telah diistiharkan muflis dan hanya mampu meraih $10 juta dolar sahaja. Filem reboot Robocop dihasilkan pada tahun 2014 dan berjaya meraih $242 juta dolar tetapi ia mendapat kritikan negatif dari para pengkritik dan peminat.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here